Sunday 25 November 2012

Novel Terlerai Kasih

Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekali janji padamu, cukuplah untuk selamanya. -ILHAM FITRI

Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula.-NUR WAFIAH

Novel ini mengisahkan Ilham Fitri yang jatuh cinta pada Wafiah. Namun sikap Am yang terlalu cemburu dan bersifat menguasai terhadap Wafi menyebabkan hubungan mereka berantakan. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

Komen saya, argh saya jatuh cinta, cinta, cinta pandang pertama. Sebenarnya saya selalu ternampak komen penulis ini didalam status fb kawan saya Mardihah Adam ( penulis novel juga tapi islamik bersama PTS, namun sekarang beralih arah ke arah humor). Dan terfollow blog penulis ini dan terfollow Terlerai Kasih. Bila sesuatu novel itu memenuhi selera, apalagi. Belilah. Wah macam makanan pulak.. Teringat bila saya hubungi MPH SACC Mall, jam tu juga pergi beli( hihihi..
Waktu bekerja.. Maafkan saya bos). So pada saya, novel ini boleh dibeli.

See u next novel...

Saturday 24 November 2012

Novel Kasihku Arina

Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangnya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, semakin dia dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu, dirinya rupa-rupanya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang diluar jangkaan manusia biasa?

Ini novel Kak Mazni Aznita pada tahun 2010 sebelum Vernom Suria. Beli masa Pesta Buku Negeri Selangor masa bulan Jun ari tu. Komen saya, novel ni best untuk dibaca. Walaupun ia agak berlainan kerana ia berbentuk fantasi dan mempunyai peminat tersendiri. Tetapi penamatnya agak tergantung. Tapi apabila saya tanya pada penulis sendiri mungkin ada Kasihku Arina 2 tapi tidak bersama Buku Prima.

Ok.. Selamat membaca..

Wednesday 14 November 2012

Berhabuk!!

Hai.. Lamanya tak update blog ni.. Nak kata busy sangat... Idakla.. Nak kata banyak sangat assingment pun .. Idakla.. Semester kali ini, semuanya in group.. Setiap weekend je ada discussion... Balik kerja terus pergi kelas, then balik sudah pukul 10 malam..
Banyak novel-novel baru tak sempat nak update.. Tapi sempat dibaca..😃😊..
Okla see u next entry..

Salam Maal Hijrah 1434.. Semoga harri yang mendatang lebih baik dari yag semalam...

Wednesday 15 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Just nak ucapkan
Selamat 
Menyambut 
Hari Raya
Aidilfitri..
Hati-hati ye
bawa kereta
tu..
ta..ta...ti..ti..tu..tu..

Monday 23 July 2012

Selamat Berpuasa!!!!

Hai..hai..lama betul tak kemaskini blog  ye..erm hampir 2 bulan tu..Apa yang sibuk sangat pun tak tau.. Mungkin sibuk dengan program opis dan peperiksaan akhir Uitm....Argh dah lega habis peperiksaaan akhir ni.. cumanya berdebar menanti keputusan..argh..jangan ada yang kantoi sudah..
Apapun saya nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan..!!

Sunday 13 May 2012

Novel Venom Suria


Karya terbaru Mazni Aznita yang dibeli masa PBAKL12. Novel ketiga Kak Nita yang saya miliki selepas Street Vendeta dan Sayangku Casper. Ia berunsurkan thriller supernatural. Ada sikit kisah cinta. Argh memang best. Saya suka sangat dan sememangnya karya Kak Nita ni tidak pernah menghampakan. Ingatkan Ramlee Awang Murshid je yang buat novel thriller rupanya Kak Nita pun buat. Cayalah...

Novel ini mengisahkan Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu menemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan junis dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tetapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over.

Nak sinopsis lebih jelas leh pergi blog Kak Nita ye kengkawan. 

Friday 11 May 2012

Temperature Si Kancil Naik..

Argh.. Pepagi lagi si kancil dah buat hal. Alahai baru semangat nak masuk opis setelah beberapa hari tak masuk opis sebab berkursus.. Rindu.. ( cewah, rindula sangat..)
Tiba-tiba, temperature si kancil naik. Walaupun bukan kali pertama, cuak juga. Mula- mula tu berhenti dekat stesyen minyak Shell. Selepas 20 minit , jalan lagi. Mak ai, terus temperature tu naik sampai H. Wah.. Seramnya, ambil keputusan berhenti dekat Seksyen 20, Shah Alam. Cari bengkel berdekatan untuk tengok samaada radiator bocor ke sumbat ke liking.
Masalahnya awal pagi lagi, mana ada bengkel buka lagi. Terpaksa tungu sehingga pukul 10 pagi. SMS bos, ambik cuti kecemasanla. Takkan nak masuk pejabat tengahari kot.
Selidik punya selidik, rupanya paip bocor. Terpaksala tukar. Terbang juga RM 120 termasuk upah. Tak taula bengkel ini menipu atau tidak. Yang penting si kancil ni sihat.
Si kancil sedang diperbaiki..

Friday 4 May 2012

Novel Usai... Aku Terima Nikahnya

Novel ini mengisahkan Puteri Nur Aina tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar Hafiz. Baginya, perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia  alam rumah tangga. Nak tahu cerita seterusnya boleh google ye..tak pun baca online di penulisan2u.my.

Pada pendapat saya yang telah membeli novel ini bahawanya saya memang tak suka. Entah, tatabahasanya terlalu skema, padahal ini adalah novel yang kedua bagi penulis Umie Nadzimah.Jalan cerita ada cuma... Sepatutnya ianya menjadi lebih baik. (Maaf dikata, saya rasa rugi membelinya di PBAKL 2012.) Tapi mungkin pada orang lain, novel ini memang best.

Pada penulis ini, jangan marah ye..ambil yang positif...melalui kritikan daripada pembacalah, penulis boleh memperbaiki gaya penulisan dan mempelbagaikan lagi variasi penulisan.  Mungkin anda kecewa tetapi percayalah dengan kritikanla membantu anda untuk novel yang akan datang.

Ok..adios..





Wednesday 2 May 2012

Novel Suami Yang Kubenci


Sesungguhnya manusia sememangnya tidak tahu apa yang tersurat dalam takdir. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Tidak sukar untuk mencintai sesiapa sahaja kerana seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya, tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai...

Erm..saya suka novel ini. Walaupun baru pertama kali membaca novel dari E-man Sufi , ia masih mampu menarik minat saya untuk terus membaca. Sebenarnya saya sangat mementingkan gaya penulisan dalam pembacaan sesebuah novel, walaupun jalan cerita lebih kurang dengan novel yang lain. Yang penting  bahasanya tidak  SKEMA ok.. dan saya ingat penulis ini lelaki, rupanya telahan ku salah (Opss).

Novel ini mengisahkan perkahwinan di antara Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah yang berkahwin dimana Uwais telah menggantikan Tengku Muiz, tunang Hannah Maryam yang telah ditangkap basah. Teet..cerita selanjutnya boleh beli novel ini ye.

Moral of the story, janganlah kita membenci seseorang itu, kelak kita pula yang akan jatuh cinta dengan orang yang kita benci..



Tuesday 1 May 2012

Dunia Tanpa Sempadan


Salam semua,




Kalo tengok entry kali ini, saya akan menulis berkenaan Pesta Buku Antarabangsa 2012 yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.. Erm saya baru je balik dari pesta buku ni. Rugi pada sesiapa yang tak datang. Percuma je pun..dan bagi saya yang bekerja dan menetap di Shah Alam ini memang sangat beruntung. Masa awal tahun, Karangkraf buat Karnival Karangkraf, sekarang Pesta Buku Antarabangsa, dalam bulan Jun, akan diadakan Pesta Buku Selangor, so bila-bila masa kita boleh membeli novel dengan potongan lebih kurang 20%.

Ok cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa 2012, seawal 9.30 pagi saya dah terpacak kat sana, ramainya orang. Nampaknya tahap rakyat Malaysia suka membaca sudah semakin meningkatlah. Merekod kajian analisis yang dilakukan pada tahun 2010 oleh Perpustakaan Negara Malaysia, purata seorang rakyat Malaysia membaca sudah semakin meningkat iaitu sebanyak 12-20 buah buku setahun. Bagi saya yang suka membaca ini, ia sudah cukup bagus walaupun belum dapat menandingi negara-negara maju seperti Jepun dan United Kingdom.

Jom tengok novel apa yang saya beli:-



Sikit je kan..semua sekali RM114. Hahahaha..stok sampai bila tak taula..memandangkan minggu depan dan bulan ini yang sangat sibuk untuk assingment, test, presentation, program opis, terpaksala saya menunda sesi pembacaan novel.(Iye ke saya boleh menahan daripada membaca?Macam tak percaya pulak!!)

Ok, cukup untuk ini saja..Ops sebelum terlupa..SELAMAT HARI BURUH!!!

Adios..





Monday 30 April 2012

My first entry..

Hai semua!!Macam tak percaya pula dah ada blog sendirikan...Setelah bertanguh dan ditangguh, akhirnya berjaya juga buat. Dunia blog  baru sahaja bermula untuk diriku.

Menulis untuk berkongsi pendapat, memberi dan menerima apa yang ditulis, semoga tiada yang terluka.

Jika suka, teruskan. Jika tidak suka, abaikan.