Friday 11 May 2012

Temperature Si Kancil Naik..

Argh.. Pepagi lagi si kancil dah buat hal. Alahai baru semangat nak masuk opis setelah beberapa hari tak masuk opis sebab berkursus.. Rindu.. ( cewah, rindula sangat..)
Tiba-tiba, temperature si kancil naik. Walaupun bukan kali pertama, cuak juga. Mula- mula tu berhenti dekat stesyen minyak Shell. Selepas 20 minit , jalan lagi. Mak ai, terus temperature tu naik sampai H. Wah.. Seramnya, ambil keputusan berhenti dekat Seksyen 20, Shah Alam. Cari bengkel berdekatan untuk tengok samaada radiator bocor ke sumbat ke liking.
Masalahnya awal pagi lagi, mana ada bengkel buka lagi. Terpaksa tungu sehingga pukul 10 pagi. SMS bos, ambik cuti kecemasanla. Takkan nak masuk pejabat tengahari kot.
Selidik punya selidik, rupanya paip bocor. Terpaksala tukar. Terbang juga RM 120 termasuk upah. Tak taula bengkel ini menipu atau tidak. Yang penting si kancil ni sihat.
Si kancil sedang diperbaiki..

No comments:

Post a Comment