Tuesday 1 May 2012

Dunia Tanpa Sempadan


Salam semua,




Kalo tengok entry kali ini, saya akan menulis berkenaan Pesta Buku Antarabangsa 2012 yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.. Erm saya baru je balik dari pesta buku ni. Rugi pada sesiapa yang tak datang. Percuma je pun..dan bagi saya yang bekerja dan menetap di Shah Alam ini memang sangat beruntung. Masa awal tahun, Karangkraf buat Karnival Karangkraf, sekarang Pesta Buku Antarabangsa, dalam bulan Jun, akan diadakan Pesta Buku Selangor, so bila-bila masa kita boleh membeli novel dengan potongan lebih kurang 20%.

Ok cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa 2012, seawal 9.30 pagi saya dah terpacak kat sana, ramainya orang. Nampaknya tahap rakyat Malaysia suka membaca sudah semakin meningkatlah. Merekod kajian analisis yang dilakukan pada tahun 2010 oleh Perpustakaan Negara Malaysia, purata seorang rakyat Malaysia membaca sudah semakin meningkat iaitu sebanyak 12-20 buah buku setahun. Bagi saya yang suka membaca ini, ia sudah cukup bagus walaupun belum dapat menandingi negara-negara maju seperti Jepun dan United Kingdom.

Jom tengok novel apa yang saya beli:-



Sikit je kan..semua sekali RM114. Hahahaha..stok sampai bila tak taula..memandangkan minggu depan dan bulan ini yang sangat sibuk untuk assingment, test, presentation, program opis, terpaksala saya menunda sesi pembacaan novel.(Iye ke saya boleh menahan daripada membaca?Macam tak percaya pulak!!)

Ok, cukup untuk ini saja..Ops sebelum terlupa..SELAMAT HARI BURUH!!!

Adios..





2 comments:

  1. Wow!!!!bila masa nak abis baca ni. Tak lama talgi boleh bukak library sendiri ni..

    ReplyDelete
  2. Ngeh...ngeh..tak taula bila nak baca. Mungkin lepas peperiksaan akhir..Lepas ni kena beli stor pula..

    ReplyDelete