Wednesday, 2 May 2012

Novel Suami Yang Kubenci


Sesungguhnya manusia sememangnya tidak tahu apa yang tersurat dalam takdir. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Tidak sukar untuk mencintai sesiapa sahaja kerana seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya, tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai...

Erm..saya suka novel ini. Walaupun baru pertama kali membaca novel dari E-man Sufi , ia masih mampu menarik minat saya untuk terus membaca. Sebenarnya saya sangat mementingkan gaya penulisan dalam pembacaan sesebuah novel, walaupun jalan cerita lebih kurang dengan novel yang lain. Yang penting  bahasanya tidak  SKEMA ok.. dan saya ingat penulis ini lelaki, rupanya telahan ku salah (Opss).

Novel ini mengisahkan perkahwinan di antara Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah yang berkahwin dimana Uwais telah menggantikan Tengku Muiz, tunang Hannah Maryam yang telah ditangkap basah. Teet..cerita selanjutnya boleh beli novel ini ye.

Moral of the story, janganlah kita membenci seseorang itu, kelak kita pula yang akan jatuh cinta dengan orang yang kita benci..



No comments:

Post a Comment