Sunday 13 May 2012

Novel Venom Suria


Karya terbaru Mazni Aznita yang dibeli masa PBAKL12. Novel ketiga Kak Nita yang saya miliki selepas Street Vendeta dan Sayangku Casper. Ia berunsurkan thriller supernatural. Ada sikit kisah cinta. Argh memang best. Saya suka sangat dan sememangnya karya Kak Nita ni tidak pernah menghampakan. Ingatkan Ramlee Awang Murshid je yang buat novel thriller rupanya Kak Nita pun buat. Cayalah...

Novel ini mengisahkan Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu menemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan junis dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tetapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over.

Nak sinopsis lebih jelas leh pergi blog Kak Nita ye kengkawan. 

No comments:

Post a Comment