Tuesday 14 May 2013

Hello! Hello!!

I'm back... 
Erm.. Hari ni dah bulan Mei.. Dah hampir setengah tahun dan hampir nak berpuasa ( bulan Rejab sekarang) dan peperiksaan akhir semakin dekat..
Argh.. Please wake up fida!!!

Ta ta ti ti tu..😉😉😉

Sunday 25 November 2012

Novel Terlerai Kasih

Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekali janji padamu, cukuplah untuk selamanya. -ILHAM FITRI

Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula.-NUR WAFIAH

Novel ini mengisahkan Ilham Fitri yang jatuh cinta pada Wafiah. Namun sikap Am yang terlalu cemburu dan bersifat menguasai terhadap Wafi menyebabkan hubungan mereka berantakan. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

Komen saya, argh saya jatuh cinta, cinta, cinta pandang pertama. Sebenarnya saya selalu ternampak komen penulis ini didalam status fb kawan saya Mardihah Adam ( penulis novel juga tapi islamik bersama PTS, namun sekarang beralih arah ke arah humor). Dan terfollow blog penulis ini dan terfollow Terlerai Kasih. Bila sesuatu novel itu memenuhi selera, apalagi. Belilah. Wah macam makanan pulak.. Teringat bila saya hubungi MPH SACC Mall, jam tu juga pergi beli( hihihi..
Waktu bekerja.. Maafkan saya bos). So pada saya, novel ini boleh dibeli.

See u next novel...

Saturday 24 November 2012

Novel Kasihku Arina

Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangnya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, semakin dia dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu, dirinya rupa-rupanya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang diluar jangkaan manusia biasa?

Ini novel Kak Mazni Aznita pada tahun 2010 sebelum Vernom Suria. Beli masa Pesta Buku Negeri Selangor masa bulan Jun ari tu. Komen saya, novel ni best untuk dibaca. Walaupun ia agak berlainan kerana ia berbentuk fantasi dan mempunyai peminat tersendiri. Tetapi penamatnya agak tergantung. Tapi apabila saya tanya pada penulis sendiri mungkin ada Kasihku Arina 2 tapi tidak bersama Buku Prima.

Ok.. Selamat membaca..

Wednesday 14 November 2012

Berhabuk!!

Hai.. Lamanya tak update blog ni.. Nak kata busy sangat... Idakla.. Nak kata banyak sangat assingment pun .. Idakla.. Semester kali ini, semuanya in group.. Setiap weekend je ada discussion... Balik kerja terus pergi kelas, then balik sudah pukul 10 malam..
Banyak novel-novel baru tak sempat nak update.. Tapi sempat dibaca..😃😊..
Okla see u next entry..

Salam Maal Hijrah 1434.. Semoga harri yang mendatang lebih baik dari yag semalam...

Wednesday 15 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Just nak ucapkan
Selamat 
Menyambut 
Hari Raya
Aidilfitri..
Hati-hati ye
bawa kereta
tu..
ta..ta...ti..ti..tu..tu..

Monday 23 July 2012

Selamat Berpuasa!!!!

Hai..hai..lama betul tak kemaskini blog  ye..erm hampir 2 bulan tu..Apa yang sibuk sangat pun tak tau.. Mungkin sibuk dengan program opis dan peperiksaan akhir Uitm....Argh dah lega habis peperiksaaan akhir ni.. cumanya berdebar menanti keputusan..argh..jangan ada yang kantoi sudah..
Apapun saya nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan..!!

Sunday 13 May 2012

Novel Venom Suria


Karya terbaru Mazni Aznita yang dibeli masa PBAKL12. Novel ketiga Kak Nita yang saya miliki selepas Street Vendeta dan Sayangku Casper. Ia berunsurkan thriller supernatural. Ada sikit kisah cinta. Argh memang best. Saya suka sangat dan sememangnya karya Kak Nita ni tidak pernah menghampakan. Ingatkan Ramlee Awang Murshid je yang buat novel thriller rupanya Kak Nita pun buat. Cayalah...

Novel ini mengisahkan Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu menemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan junis dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tetapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over.

Nak sinopsis lebih jelas leh pergi blog Kak Nita ye kengkawan.