Saturday 24 November 2012

Novel Kasihku Arina

Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangnya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, semakin dia dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu, dirinya rupa-rupanya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang diluar jangkaan manusia biasa?

Ini novel Kak Mazni Aznita pada tahun 2010 sebelum Vernom Suria. Beli masa Pesta Buku Negeri Selangor masa bulan Jun ari tu. Komen saya, novel ni best untuk dibaca. Walaupun ia agak berlainan kerana ia berbentuk fantasi dan mempunyai peminat tersendiri. Tetapi penamatnya agak tergantung. Tapi apabila saya tanya pada penulis sendiri mungkin ada Kasihku Arina 2 tapi tidak bersama Buku Prima.

Ok.. Selamat membaca..

No comments:

Post a Comment